Terma dan Syarat Sebagai Pengedar Produk untuk The Dessert Table Sdn Bhd (“Syarikat”).

1. Pengedar dikehendaki membayar pendaftaran Pengedar sebanyak
RM150. Pengedar akan mendapat 1 Kit Permulaan mengandungi:
  •  8 bekas PERCUMA  (125gm) 
  • 1 keping bunting (2’x5’).
2. Pengedar dikehendaki membuat tempahan pertama minima 50 pek (RM225.00) untuk mengelakkan sebarang kesulitan disebabkan kehabisan stok. 

3. Pengedar yang tidak aktif atau tidak membuat sebarang pembelian selama 3 BULAN
berturut-turut akan digugurkan secara automatik daripada senarai pengedar berdaftar. Pihak syarikat berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran tersebut tanpa keraguan dan sebarang pertimbangan adalah di atas budi bicara pihak syarikat.

4. Minimum pembelian pertama adalah 50 bekas. Pembelian seterusnya adalah minimum 50 bekas bagi setiap pembelian pada bila-bila masa. Walau bagaimana pun, sebarang perubahan minimum pembelian adalah tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat dari semasa ke semasa.

5. Pengedar dikehendaki menjaga etika perniagaan dan silaturrahim sesama pengedar lain. Sebarang persaingan dan manipulasi harga adalah dilarang sama sekali demi keharmonian semua. Pihak syarikat juga berhak membatalkan serta merta pendaftaran tanpa ragu-ragu sekiranya terdapat Pengedar melanggar peraturan ini.

6. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas segala perihal atau masalah yang wujud antara anda dengan pelangan anda.

7. Kos penghantaran produk akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Pengedar, yang mana
jumlahnya adalah tertakluk kepada syarikat penghantaran yang kami pilih.

8. Semua urusniaga dengan pihak syarikat adalah secara TUNAI (CASH TERM). Segala
pembayaran hendaklah dibuat dengan penuh sebelum penerimaan produk.

9. Segala pembayaran hendaklah dilakukan atas nama The Dessert Table'  ke dalam:
 Bank: Maybank 
No Akaun:  5648 0163  9202 

10. Segala pembayaran (Pengedar dan pembelian produk) yang dilakukan oleh pengedar tidak akan dikembalikan. Setiap produk hanya akan dihantar selepas pihak syarikat menerima pembayaran oleh sistem kami.

11. Cara penyimpanan produk selepas pembelian adalah tanggungjawab Pengedar sepenuhnya.

12. Pihak syarikat berhak membatalkan pendaftaran pengedar sekiranya pengedar gagal atau
tidak mematuhi terma dan syarat yang telah dan akan ditetapkan dari semasa ke semasa.

13. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad dan sebarang pertimbangan adalah atas budi bicara pihak syarikat sepenuhnya tanpa keraguan.

14. Pihak syarikat berhak meminda dan mengubah terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.